ABSTRAK
Kajian ini membincangkan mengenai tabiat membaca dikalangan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian dilakukan adalah bagi melihat kesedaran pelajar Kemahirab Hidup terhadap budaya membaca. Kajian juga dilakukan untuk memahami, menjaga, serta mengawal hasil yang akan diperoleh nanti. Hasil kajian akan di gunakan bagi mencari jalan penyelesaian untuk menggalakkan pelajar Kemahiran Hidup membudayakan tabiat membaca. Pengesahan atau bukti dapat diperoleh misalnya dapat membuktikan tabiat membaca di kalangan pelajar Kemahiran Hidup. Responden dipilih seramai 466 orang daripada pelajar-pelajar Kemahiran Hidup mengikut semester pengajian seperti semester1, 2, 3, 4, 5, 6 dan semester 7. Kajian juga memfokuskan kepada bahan bacaan di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi tabiat membaca pelajar Kemahiran Hidup. Instrumen kajian yang dijalankan ialah soal selidik yang berbentuk skala Likert dan pemerhatian akan mula dianalisis setiap data yang diperoleh. Sampel kajian diperoleh melalui kaedah Convenience Sampling iaitu sampel dipilih secara rambang atau kebetulan.